MTB Jamboree Balik Pulau 2015

  Date  :  14 March 2015 (Saturday)
  Venue  :  Politeknik Balik Pulau, Penang.
  E.Type  :  Jamboree

Latest News



Proviton Coming In As Sponsor!

posted on 2015-03-04 00:06:25

Good news!
We have secured Proviton as our sponsor!

Visit http://www.proviton.com.my/ for more information about Proviton.




Selamat Datang ke MJBP2015!

posted on 2014-10-16 18:14:36

Selamat datang ke blog MTB Jamboree Balik Pulau 2015 (MJBP15). Acara ini di anjurkan oleh Kelab Berbasikal GTB dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Bertarikh pada 14hb Mac 2015, Jamboree ini merangkumi jarak kayuhan lebih kurang 45km di mana 60% adalah laluan off road. Penyertaan dihadkan kepada 1500 peserta dan yuran pendaftaran adalah sebanyak RM70.00 sahaja. Peserta akan diberikan goodies bag yang merupakan Jersey Jamboree yang berkualiti serta barangan penaja-penaja. 


Sebelum ini, ianya dikenali dengan nama Mini Jamboree Balik Pulau 2014 (MJBP14) dimana peserta telah dihadkan kepada 800 orang sahaja. Laluan untuk jamboree kali ini akan lebih mencabar dari MJBP14. Kolej ICT yang menjadi venue MJBP14 telah di tukarkan ke Politeknik Balik Pulau bagi MJBP15 bertujuan untuk menggunakan laluan yg berbeza dari MJBP14. 

Kategori yg dipertandingkan adalah seperti berikut:
J - Kategori junior dibawah 17 tahun.
M- Kategori terbuka lelaki untuk 18 tahun ke atas.
W- Kategori terbuka wanita untuk 18 tahun ke atas.
V- Kategori veteran untuk 40 tahun ke atas. 

Hadiah wang tunai dan piala untuk setiap kategori akan diberikan kepada peserta yang menduduki tempat pertama hingga tempat ke sepuluh. 

Medal bernombor akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kayuhan dari tempat pertama sehingga tempat ke 500. Medal penamat (finisher) pula akan diberikan kepada peserta yang menamatkan kayuhan selepas itu. 

Nombor kedudukan peserta-peserta akan diberikan mengikut kedudukan bagi kategori dan juga kedudukan keseluruhan. 

Cabutan bertuah berupa hadiah-hadiah menarik akan diadakan selepas kayuhan. Makan tengahari juga disediakan kepada semua peserta. Anda juga boleh melayari blog ini dan juga laman Facebook kami iaitu MTB Jamboree Balik Pulau 2015 untuk berita terkini dari masa ke masa. Terima kasih.




Organized By

Official Registration Partner

Official Apparel

Media Partner

Sponsor

Our Partners

  • Galaxie Outfit

  • Make Your Photo Like a Champ!

  • RunningEvents.my

  • Bikezilla - FREE online portal for cyclists.

  • Malaysia Cycling Events & Blogs