Pesta Balakong 2014

  Date  :  21 December 2014 (Sunday)
  Venue  :  Cheras, Selangor.
  E.Type  :  Fun Ride & Run

Latest News



Words from YB Ng Tien Chee

posted on 2014-11-28 01:53:08

Pesta Balakong anjuran Pusat Khidmat Serdang/ Balakong bakal menemui anda pada 19 hingga 21 Disember ini! Terdapat pelbagai aktiviti komuniti yang menarik disediakan untuk para pengunjung dan penduduk Balakong, bahkan ia memberi peluang kepada penduduk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengenali Balakong dengan lebih dekat di samping dapat beriadah dan berhibur sempena pesta ini. 

Pesta yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menyingkap tirai dengan pameran dan pertandingan fotografi Balakong Kini yang diadakan di Aeon Cheras Selatan pada 19 Disember. Anda pasti akan terpegun melihat hasil karya para pecinta fotografi ini dalam merakam detik indah dan bermakna yang menjadikan Balakong sebagai tema karya. 

Selain daripada pameran dan pertandingan fotografi, pelbagai lagi aktivti yang sesuai untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat. Jika anda merupakan pecinta sukan, sertailah larian Colour Run sejauh 7km, Fun Ride untuk jarak 20km, pertandingan tarik tali Rope X dan juga perlawanan futsal. 

Untuk para penggemar aktiviti seni kraf pula, sertailah Karnival layang – layang di mana anda berpeluang menghias layang – layang, bengkel pencetakan T-Shirt dan pelbagai aktiviti lain. Kami akan membawakan layang – layang dalam pelbagai saiz dan bentuk sempena karnival layang – layang di Padang Cheras Perdana. Pada masa yang sama, para peserta akan dibekalkan dengan sebuah layang – layang kecil untuk diwarnakan dan dihias dengan kreativiti masing – masing untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Bengkel pencetakan T-Shirt akan memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mencetak T-Shirt menggunakan silk printing, ini merupakan sebuah peluang keemasan yang perlu direbut oleh semua. 

Selain itu, kami juga menyediakan aktiviti untuk kanak – kanak dan remaja, iaitu pertandingan melukis dan mewarna serta permainan tradisional. Kanak – kanak pada masa kini perlu diperkenalkan kepada permainan tradisional ini supaya ia tidak akan hilang ditelan zaman. 

Pertandingan Treasure Hunt juga akan diadakan bersempena pesta ini, hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 boleh dimenangi dalam pertandingan ini. Pihak penganjur juga menyelitkan beberapa soalan berkaitan Balakong semasa pertandingan ini supaya para peserta dapat mengetahui serba sedikit dan mengenali Balakong dengan lebih dekat lagi.

Pada malam Sabtu 20/12/2014, sebuah konsert akan dipersembahkan kepada para pengunjung di Dataran C180, persembahan oleh artis – artis jemputan yang hebat ini sudah pasti dapat menghangatkan suasana malam tersebut. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti Pesta Balakong ini boleh menghubungi 03-90760331 (waktu pejabat sahaja) atau boleh mendapatkan butiran lanjut dan borang penyertaan di Pusat Rakyat Serdang/ Balakong yang beralamat di No.1-12a, Jalan Kasturi 1, Taman Kasturi, Off Jalan Balakong, 43200, Batu 11 Cheras, Selangor. 

Maklumat acara Pesta Balakong adalah seperti berikut:

1. Pameran dan Pertandingan Fotografi 

Tarikh : 19 hingga 21 Disember 2014
Masa : 12 tengahari hingga 10 malam
Tempat : Aeon Cheras Selatan
Yuran penyertaan : Percuma

Hadiah
Tempat Pertama : RM 1500
Tempat Kedua : RM 1000
Tempat Ketiga : RM 500
Sagu hati : RM 100 x 10

2. Bengkel Pencetakan T-Shirt

Tarikh : 19 Disember 2014
Masa : 1 tengahari 
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Baru Balakong
Yuran penyertaan : RM 10

3. Treasure hunt berkereta

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pusat Perniagaan Bandar Damai Perdana
Yuran penyertaan : RM 50/kumpulan (minimum 2 orang, maksimum 4 orang setiap kumpulan)

Hadiah
Tempat Pertama : RM 1500
Tempat Kedua : RM 1000
Tempat Ketiga : RM 500

4. Pertandingan Futsal

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang Bola Sepak Taman Megah
Yuran penyertaan : RM 150/kumpulan 

Hadiah
Tempat Pertama : RM 1000
Tempat Kedua : RM 500
Tempat Ketiga : RM 300
Tempat Keempat : RM 200

5. Pertandingan mewarna kanak – kanak dan remaja & permainan tradisional

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Taman Imian Ehsan 3
Yuran penyertaan : RM 5 

6. Karnival Layang - Layang

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Padang Cheras Perdana
Yuran penyertaan : RM 10

7. Pertandingan tarik tali (Rope X)

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Padang Cheras Perdana
Yuran penyertaan : RM 15 setiap peserta

8. Colour Run (7 km) & Colour Fun Ride (20 km)

Tarikh : 21 Disember 2014
Masa : 6.00 pagi 
Tempat : Taman Bandar Tun Hussein Onn Lake Valley
Yuran penyertaan : RM 15 setiap peserta

9. Konsert Pesta Balakong

Tarikh : 20 Disember 2014
Masa : 7.30 malam
Tempat : Dataran C180




Organized By

Supported By

Our Partners

  • Galaxie Outfit

  • Make Your Photo Like a Champ!

  • RunningEvents.my

  • Bikezilla - FREE online portal for cyclists.

  • Malaysia Cycling Events & Blogs