Kayuh Malaysia PDRM 2015

  Date  :  22 March 2015 (Sunday)
  Venue  :  Putrajaya, Putrajaya.
  E.Type  :  Fun Ride

Latest News



Kayuh Malaysia is Back!

posted on 2015-02-11 15:32:52

A. KAYUH MALAYSIA PDRM 2015 

Pada 22hb Mac 2015 ini, Kayuh Malaysia akan berlansung pula di pusat pentadbiran negara di Putrajaya pula. Kali ini Pedal Explorer dan Advance Events Solutions (AES) akan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menganjurkan Kayuh Malaysia PDRM sempenan hari Polis yang ke 208. Acara kayuhan jalan raya ini akan memberi ruang kepada penggemar berbasikal yang masih diperingkat pertengahan untuk mencuba sejauh mana kebolehan mereka berbasikal. Acara juga memberi peluang kepada semua jenis basikal untuk bersama-sama beriadah di atas jalanraya tanpa mengira jantina, bangsa, umur dan paling penting jenis basikal. Dengan tema ‘Semua Boleh Kayuh ‘(Everbody Can Ride). 

B. FAKTA ACARA 
Nama Acara : Kayuh Malaysia PDRM 2015 
Lokasi : IPD , Putrajaya 
Tarikh :22hb Mac 2015
Sabtu:21hb Mac 2015 - Pengambilan ‘Ride Kit’ 
Masa:10.00 pagi - 6:00 ptg
Ahad :22hb Mac 2015 – Kayuh Malaysia PDRM 
Pelepasan : 7.30 pagi 
Jenis Acara : Berbasikal di Jalan Raya Semua jenis basikal & mempunyai ciri keselamatan 
Jarak/Kategori : 40km – Kayuhan Cergas /Fit Ride 15km – Kayuhan Ceria / Fun Ride 
Yuran Penyertaan: RM50.00 
Tarikh Tutup Pendaftaran : 5hb Mac 2015 C.

MAKLUMAT TEKNIKAL 
  • Bagi memastikan acara ini dapat disertai oleh pelbagai komuniti berbasikal, seperti Road Bike, MTB, Folding, Fixie dan lain-lain, acara ini terbuka untuk semua jenis basikal. 
  • Kanak-kanak bawah 18 tahun perlu mendapat pengesahan ibubapa atau penjaga. 
  • Ada 2 kategori iaitu Kayuhan Cergas (Fit Ride) & Kayuhan Ceria (Fun Ride). Terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan juga warga asing yang mempunyai permit sah bekerja atau pelancong. 
  • Jarak kayuhan cergas adalah antara 35km-50km dan kayuhan ceria pula 10-15km. Jarak ini bergantung kepada keadaan lokasi dan laluan yang bakal pihak teknikal tentukan nanti. 
  • Setiap peserta wajib menggunakan helmet dan ciri keselamatan basikal seperti brek perlu ada. Pihak penganjur berhak mengeluarkan peserta yang tidak mengikut syarat-syarat keselamatan yang diberi. 
  • Peringatan kepada semua peserta ini adalah acara kayuhan (ride) dan bukan perlumbaan. Peserta mesti berkayuh mengikut kelajuan yang diberi (25-30km sejam) dan tidak dibenarkan memotong kenderaan pendahulu (lead car) sepanjang kayuhan sehingga ke garis penamat. 500 meter sebelum sampai garis penamat adalah Zon Tiada Pecutan (No Sprint Zone) dan 500 meter selepas garis penamat adalah Zon Tolak Basikal (Push Bike Zone). 
  • Penganjur juga akan menyediakan ‘water station’ sekurang-kurangnya satu di pertengahan laluan acara. 
  • Polis Trafik dan juga ‘marshall’ akan mengiringi peserta sepanjang laluan. Peserta adalah diwajibkan mengikuti undang-undang jalanraya sepanjang kayuhan dan perlu mematuhi arahan polis atau ‘marshall’ yang bertugas. 
  • Unit kecemasan seperti ambulan akan turut bersama untuk membantu peserta jika berlaku kemalangan. ‘Neutral Service’ juga akan disediakan untuk membantu peserta jika berlaku kebocoran atau kerosakan kecil. Lori atau Broom Wagon akan disediakan untuk mengikut peserta dan akan mengangkut mereka yang tidak boleh teruskan kayuhan ataupun terlepas waktu tamat (cut off time) yang diputuskan pihak teknikal. 
  • Dengan setiap penyertaan peserta akan mendapat T-Shirt Dry Fit Acara, Pingat Penamat, Sijil Penyertaan, Jamuan Ringan (Snack Pack), Air Mineral, Nombor Basikal dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.




No sponsor images found.

Our Partners

  • Galaxie Outfit

  • Make Your Photo Like a Champ!

  • RunningEvents.my

  • Bikezilla - FREE online portal for cyclists.

  • Malaysia Cycling Events & Blogs